
Susulan laporan sebuah portal antarabangsa, IJM Corp Bhd menafikan sekeras-kerasnya dakwaan palsu dan berniat jahat yang tersebar dalam talian mengenai syarikat pembinaan itu serta kepimpinannya.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, IJM menegaskan komitmennya terhadap tadbir urus korporat yang ketat serta bersaing berdasarkan keupayaan, rekod prestasi, dan pematuhan peraturan.
Syarikat itu menekankan bahawa ia beroperasi dengan tahap ketelusan dan integriti yang tertinggi.
“Sebagai respons terhadap maklumat yang mengelirukan, IJM telah melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan mungkin akan mengambil tindakan undang-undang jika perlu,” menurut kenyataan tersebut sebagaimana dilaporkan oleh The Edge.

IJM turut menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya diperlukan.
Syarikat itu tidak memperincikan bentuk dakwaan yang tersebar dalam talian. Namun ia berkaitan dengan dakwaan terhadap Pengerusinya Tan Sri Tan Boon Seng@Krishnan yang cuba dikaitkan dengan kes rasuah RM170 juta Datuk Seri Ismail Sabri bekas Perdana Menteri Malaysia.
IJM menjelaskan bahawa pengerusinya hanyalah pengarah bukan eksekutif tanpa sebarang kuasa eksekutif terhadap operasi syarikat dan hanya memiliki 0.3% pegangan saham.
IJM juga menafikan dakwaan mengenai peletakan jawatan bekas ketua pegawai eksekutifnya Liew Hau Seng atas sebab kes rasuah.
“Beliau memilih untuk bersara awal, dan perkara itu telah diluluskan oleh lembaga pengarah serta dihargai atas sumbangannya,” kata syarikat itu.
Dakwaan Berkaitan MRT3
IJM turut mengulas mengenai projek Transit Aliran Massa Laluan 3 (MRT3), dengan menegaskan bahawa proses tender adalah terbuka dan kompetitif, melibatkan penyertaan kontraktor utama dari Malaysia serta luar negara.
“Proses tender dijalankan secara telus, dan sebarang dakwaan mengenai pengaruh yang tidak wajar adalah tidak benar dan mengelirukan,” kata syarikat itu.
IJM turut menyatakan bahawa projek tersebut telah ditangguhkan oleh kerajaan dan proses tender telah dibatalkan.
“IJM kekal kukuh dari segi operasi, dan asas perniagaannya tidak terjejas. Syarikat terus menumpukan usaha kepada pelaksanaan projek serta komitmennya kepada pihak berkepentingan,” tambah kenyataan itu.
MRT3, juga dikenali sebagai Laluan Lingkaran, direka untuk melengkapkan rangkaian Transit Aliran Massa Lembah Klang dengan mengintegrasikan pelbagai sistem transit aliran massa dan rel ringan di kawasan Greater Kuala Lumpur.

Saham IJM mengalami tekanan jualan pada Rabu, apabila ia jatuh ke paras terendah 0.19 sen (8.962%) dalam tempoh 14 bulan pada RM1.93.
Namun saham IJM mula naik enam sen atau 3.1% kepada RM1.99 pada rabu sebelum terus melonjak naik pada khamis memberikan syarikat itu modal pasaran sebanyak RM7.26 bilion. Setakat tahun ini, saham IJM telah menyusut 34%.
Menurut laporan Malaymail, saham IJM Corp Bhd meningkat 2.0 peratus dalam dagangan awal pagi Jumaat selepas kumpulan itu menolak dakwaan dalam talian mengenai syarikat pembinaan dan kepimpinannya.
Setakat jam 10.15 pagi, saham IJM Corp naik empat sen kepada RM2.04, dengan 4.40 juta saham didagangkan.

I recently tried cannabis vape , and I’m in actuality impressed with the quality. The effects were slick, calming, and exactly what I was hoping for. The miscellany of options also allowed me to upon something flawless in the direction of both relaxing evenings and bountiful days. Absolutely recommend in favour of anyone seeking inordinate results!