Syarikat yang kontroversi ogos lalu didedahkan ‘scammer’ di Gua Musang bagi pembinaan Bandar Perabot Gua Musang terbengkalai milik taikun balak Low Peng Sian @ Chua Peng Sian sekali lagi mendapat projek daripada Kerajaan PAS Kelantan.
Kali ini Low Peng Sian pemegang saham terbesar SERN KOU RESOURCES BERHAD sebuah senarai awam dalam pembalakan dan perabut menerusi anak syarikatnya SK Sustainable Forestry Development Sdn Bhd (SKSFD) menerima tawaran bernilai RM3.64 juta daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) untuk projek pembangunan hutan di daerah Chiku, Kelantan.
Projek atas kertas dinamakan pembangunan hutan namun hakikatnya gondol hutan terlebih dahulu sebelum menanamnya dengan pokok baharu.
Dua kawasan tanah hutan yang masing-masing berkeluasan 98 hektar dan 302 hektar itu, terletak di Hutan Simpan Lebir.
Menerusi projek selama 50 tahun tersebut, SKSFD berhasrat menanam pokok yang boleh dipasarkan, termasuk Eucalyptus, untuk tujuan komersial.
Kayu balak yang diperoleh akan digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk berasaskan kayu seperti kayu lapis (plywood) dan kotak karton.
Jumlah pembayaran bagi plot 98 hektar adalah RM898,390, dengan bayaran awal sebanyak RM30,245 perlu dibayar dalam tempoh 30 hari dan bakinya dibayar dalam tempoh 90 hari.
Bagi plot 302 hektar, jumlah pembayaran adalah RM2.74 juta, dengan bayaran awal sebanyak RM81,755 yang perlu dibayar dalam tempoh 30 hari dan baki dibayar dalam tempoh 90 hari.
Inisiatif pembangunan hutan lestari berkenaan adalah sebahagian daripada strategi SKRB untuk memastikan bekalan bahan mentah yang berterusan bagi segmen pemprosesan kayu, perdagangan dan pembuatan perabotnya.
Projek tersebut dibiayai sepenuhnya melalui dana yang dijana secara dalaman dan dijangka tidak memberi kesan segera terhadap aset bersih, pendapatan atau tahap hutang syarikat untuk tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2025.
SIAPA TIDAK KENAL TAIKUN BALAK LOW PENG SIAN @ CHUA PENG SIAN?
Ogos lalu Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, mempersoalkan kelewatan projek Bandar Perabot Gua Musang yang dirasmikan pada 10 Sept 2020 membangunkan tanah ladang hutan seluas 2,889 ekar namun terbengkalai sejak 4 tahun lalu.
Ketika itu Low Peng Sian menggunakan Syarikat MCkift Management Committee Sdn Bhd digerakkan bersama COO ‘Scammer’ Mohd Haffiz Bin Mohd Rasdin yang pernah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Melaka atas tuduhan menipu pajakan tanah di Kelantan.
Berdasarkan kegagalan projek sebelum ini apakah kali ini taikun Low Peng Sian yang menguasai dua kawasan tanah hutan 98 hektar dan 302 hektar terletak di Hutan Simpan Lebir selama 50 hanya berniat menggondol balak di kawasan itu?
Projek Bandar Perabot telah gagal tetapi tanah rakyat Gua Musang telah jatuh ke tangan taukeh balak. Low Peng Sian @Chua Peng Sian kroni PAS ini pula terus mendapat ribuan tanah lain di Kelantan. Apa jadi tiga kelulusan EIA tahun 2023 melibatkan projek Ladang Hutan dibawah syarikat MCKIFT Management Committee Sdn Bhd dan kelulusan 350 ekar tanah tapak bandar perabot?
Kerajaan PAS Kelantan dan penyokong Walaun PAS hari-hari membangkitkan tanah Melayu digadaikan kepada Cina tetapi PAS sendiri menjualnya kepada taikun balak cina. Bukan itu sahaja 10 ribu tanah juga dijual kepada syarikat China di Gua Musang.